
Sekitar tahun 80-an, lahir bayi perempuan comel di sebuah pekan kecil daerah xyz. Disebabkan bayi tu lahir pada penghujung tahun, bayi tu diberi nama Bintang. Menurut kaum keluarga bayi tu, Bintang tu membawa maksud "kebenaran". Nama tersebut juga sengaja diberi dengan harapan agar bayi tersebut sentiasa berada dalam kebenaran......jauh dari penipuan atau dusta..
Ayah Bintang bekerja sebagai kerani manakala ibunya hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa. Dengan pendapatan ayah yg sedikit, Bintang mendapat semua kelengkapan yang cukup sederhana. Meskipun serbah kekurangan, namun dia tetap membesar dengan penuh kasih sayang daripada orang tua mahupun saudara2 yang lain.
Masa begitu pantas berlalu dan Bintang sudahpun mencecah umur 1 tahun lebih... Semakin meningkat umur Bintang, semakin terasa keperitan keluarganya... Ayah dan ibunya mula bingung memikirkan soal kewangan... Mana nak cari duit untuk bayar sewa rumah, beli susu dan banyak lagi kelengkapan lain...
Satu hari, Bintang jatuh sakit. Ibubapanya semakin risau. Ibunya terpaksa berulang alik ke klinik kerajaan terdekat demi mendapatkan rawatan utk anaknya yang tercinta. Malang sekali sakit Bintang semakin memburuk sehinggalah di suatu petang, ayahnya nekad utk menghantar Bintang ke hospital besar di ibu kota. Masa tu, dareah xyz belum maju lagi. Pengangkutan awam pun tak banyak....
Keadaan semakin mendesak tapi kereta yang lalu lalang kat daerah tu pun semakin kurang. Kedai yang tadinya kelihatan sibuk pun masing2 sudah membisu. Semua penduduk kawasan tersebut mulai bergegas untuk pulang ke rumah. Matahari mulai menghilang... Namun tangisan Bintang tetap tidak berubah...seolah2 memanggil sesiapa yang sudi untuk menghantarnya ke hospital besar d ibu kota. Nasib menyebelahi Bintang kerana punya ayah yang tabah... sedangkan ibunya tak henti2 mengeluarkan air mata...
Keadaan mendesak, ayah nya terpaksa mengetuk setiap kedai dengan harapan ada pekedai yang baik hati sudi menghantar mereka ke hospital.... Tuhan mendengar keluhan orang tuanya. Akhirnya seorang daripada pekedai sudi menghantar mereka ke hospital di ibu kota. Hanya Tuhan yang tau apakah balasan yang terbaik dan setimpal terhadap peniaga yang tidak sombong malah baik hati tu.
Ingatkan keadaan akan menjadi tenang selepas tu. Namun dalam perjalanan, keadaan Bintang semakin menjadi2. Badannya semakin lemah dan seakan2 hampir kehilangan nyawa. Kedua orang tuanya semakin risau sekiranya terjadi apa2 diluar jangkaan.
Nyawa manusia di tangan Tuhan. Sesampai di hospital, Bintang terus di hantar ke wad kecemasan. Doktor mula menyalahkan ayah dan ibunya kerana tidak menghantar si anak kecil itu ke hospital lebih awal utk rawatan segera......
[Siapa yang tidak sayangkan anak??? Orang tua bermati-matian menjaga anaknya. Walaupun terpaksa berdepan dengan situasi yang sangat2 pedih.... walaupun lepas tu belum tentu jasanya dikenang..... walaupun orang lain tak nampak apa yang telah dilakukan nya demi untuk anak kesayangannya...]
Disebabkan sakit yang dihadapi Bintang di tahap yang membimbangkan, dia ditahan di hospital beberapa hari. Kerana Tuhan masih ada tugas lain yang diamanahkan kepada Bintang di dunia ini, Bintang kembali semula ke rumah dalam keadaan yang sihat bersama kedua orang tuanya.......